19 January 2019

"ALLAH BUKAN SENGAJA MENEGUR DIA DENGAN KERAS" - IBU HANEESYA


"Saya sebagai ibu Haneesya memohon ampun dan maaf kerana anak saya membuatkan semua orang kecewa. Tapi itu bukan salah dia, itu salah saya sebagai ibu yang tak pandai mendidik anak.





"Saya terlalu menekan agar dia tidak ulangi kesilapan yang pernah saya lalui dalam hidup saya. Haneesya telah lakukan kesilapan yang sukar diterima oleh semua orang," tulis Norhasnida Hassan, ibu kepada modal dan pelakon, Haneesya Hanee di laman Facebooknya.

Mengakui kesilapan anaknya, Norhasnida memohon maaf diatas perbuatan anaknya, Haneesya yang mencetuskan kemarahan dan kekecewaan orang ramai berhubung penularan video mabuk di kelab malam.

Menerusi paparan Facebook miliknya yang menggunakan nama Nor Sakuraneeda, Norhasnida menganggap keterlanjuran anaknya merupakan kegagalannya mendidik anak.

Klik untuk gambar besar


Jelasnya mungkin kerana keinginannya menginginkan kesempurnaan hingga menjadikan Haneesya sebegitu. Dia turut mengakui Haneesya melakukan kesilapan sukar diterima oleh semua orang.

"Tetapi percayalah, kesilapan dilakukan itu adalah kerana dia terlalu tertekan dengan hidup menjadi anak yang sempurna.

"Tolong maafkan dia dan jangan ungkit aib dia... beri masa untuk saya perbaiki kesilapan dalam mendidik anak. Dia anak yang baik tidak pernah abai tanggungjawab sebagai anak," katanya.

Dalam masa sama, Nor memohon agar masyarakat memberikan anaknya masa untuk memperbaiki kesilapannya. Tidak semua manusia sempurna, mungkin ini 'teguran' buat Haneesya agar menjadi insan lebih baik.



Kata Norhasnida lagi, anaknya sentiasa berada dibelakangnya saat dia jatuh dan bangkit bersama jika ditimpa masalah.

"Dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga, saya juga pimpin tangan dia masa dia belajar dalam industri seni ini, kini masa saya untuk saya pegang tangan disaat dia jatuh bila Allah beri teguran.

"Allah bukan sengaja menegur dia dengan keras tapi kerana Allah sayang dia dan saya. Saya tidak leka jadikan dia malaikat. Dan dia tidak leka jadi syaitan... berilah masa, ruang, peluang untuk kami berdua perbaiki kesilapan yang terjadi ini," luahnya.



Tidak menduga akan menerima ujian seberat ini, namun dia tetap tabah dan menzahirkan jutaan terima kasih di atas sokongan dari ahli keluarga dan penyokong.

"Kepada mereka yang sanggup datang kerana risau, hanya Allah sahaja mampu memberi kebaikan. Terima kasih masih percaya dan memberi peluang untuk Haneesya untuk buktikan dia bukan 'fake'.

"Tapi dia insan baik hati hanya menjadi mangsa ibu yang inginkan kesempurnaan yang terbaik buat anaknya... Maafkan saya," tambahnya.

Terdahulu, Hanee menerusi sidang media ketika beliau menyerahkan kembali mahkota Dewi Remaja 2018/2019 berkata, beliau tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan meminta orang ramai memberikannya peluang kedua untuk berubah ke arah yang lebih baik.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Awani, Sinar Harian, Facebook Nor Sakuraneeda & Instagram Majalah Remaja


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: