20 January 2019

ISTERI SELAMAT BERSALIN - NUBHAN TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Alhamdulillah.... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Nubhan, 32, yang telah selamat menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, selamat melahirkan bayi lelaki, jam 2.05 pagi semalam.





Menurut Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

Sehingga kini, menurut penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu, bayi berkenaan hanya dipanggil dengan gelaran Cikmad.

"Saya sudah tentunya teruja menyambut kelahiran 'baby' Cikmad. Biarpun dia anak kedua, namun keterujaan tetap sama seperti menyambut zuriat pertama, apatah lagi kami dianugerahkan bayi lelaki pula.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, anak dan isteri saya sihat," kata Nubhan yang berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 dan menyambut kelahiran anak sulung, Aafiya, pada Mei 2017.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh penyanyi 'Ada Untukmu' itu melalui laman Instagram mliknya dengan memuatnaik sebuah video.

"Susah jugak nk introduce cikmad ke kakak dia si cik piya ni... dia buat dekkkkkk je... haha... Alhamdulillah anak kedua kami tlah selamat dilahirkan secara normal jam 2.05 pagi td (19.1.19) berat 3.4kg di KPJ seremban.

"Nama belum ada lg...kami gelar cikmad dulu sbb namanya akan ada pangkal Ahmad 😅 yg penting ibu dan anak sihat 🥰 t.kasih kpd semua yg mendoakan... ❤️❤️❤️


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Nubhan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: