20 January 2019

"JADILAH SUAMI YANG BAIK SEPERTI PAPAMU" - NORA TERIMA MENANTU


Tanggal 19 Januari 2019 adalh tarikh dimana anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 26, bergelar suami kepada pasangannya, Putri Eliya Sofea Azman, 22.





Anak lelaki Nora dan pasangannya itu selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Putra, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Mohd Syakir Iman atau lebih dikenali sebagai Mosyi dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azman Ya'acob, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abd Manaf Mat.

Pada majlis itu, Syakir yang pernah muncul dengan single berjudul 'Bulan' menyerahkan wang hantaran RM20,000 dan mas kahwin sebanyak RM80 berserta lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan, berbalas tujuh.

Klik untuk gambar besar


Mengulas pemilihan tarikh 19 Januari sebagai detik untuk disatukan dengan Sofea, Syakir berkata, selain mudah untuk diingati, tarikh berkenaan juga berdekatan dengan hari kelahirannya.

"Kebetulan tarikh lahir saya jatuh pada 16 Januari, jadi senang nak ingat nanti. Lagipun, angka 19119 sangat cantik," katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Sementara itu, Nora dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja Syakir selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya.

Kata penyanyi 'Ada Dalam Tiada' itu, hatinya tersentuh kerana terkenang arwah suami, Johan Nawawi, saat mereka sekeluarga berkongsi detik cukup bermakna berkenaan.



"Rasa sedih juga kerana arwah tidak dapat menyaksikan anak kami bergelar suami, hari ini. Ketika Syakir bertunang dulu, dia ada bersama.

"Dialah juga yang berpesan supaya jangan bertunang lama-lama. Apa pun, saya lega kerana amanat arwah untuk melihat Syakir dan Sofea bernikah awal terlaksana," ujarnya.

Nora, 45, turut memaklumkan mengenai berita dirinya menerima menantu ini menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar bersama pasangan mempelai.

Isteri kepada komposer Allahyarham Johan Nawawi itu dengan kapsyen gambar tersebut turut mendoakan anaknya dan menantunya berbahagia hingga ke Jannah selain mengalu-alukan kehadiran Sofea sebagai ahli keluarga mereka.



"Alhamdulillahhh... syukur pada Allah. Hampir 2 tahun menanti. Hari ni saya & arwah Johan dah dpt menantu.😢😢. Mama berdoa Syakir Iman & Sofea bahagia hingga ke jannah.

"Jadilah suami yg baik spt papamu....😢. Sama2 kita doakan yg terbaik. Welcome to our family my dear sofea Love you 😘😘😘🌹," tulis di IGnya.

Untuk makluman, Syakir mengikat tali pertunangan dengan Eliya pada 11 Februari 2017 dan suami Nora meninggal dunia pada 27 Mac 2017.

Nora dan arwah suami itu mempunyai empat cahaya mata, Syakir Iman, 24, Syakir Alif, 18, dan Putri Nor Dahlia, 13, dan Putri Nor Fathehah, 5.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, mStar & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: