20 January 2019

CUBA RAWATAN ALTERNATIF - ZAMANI MINTA JANGAN BUAT ANDAIAN & BIMBANG


Nekad untuk tidak menjalani pembedahan bagi merawat penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialami sejak beberapa tahun lalu, penyanyi Zamani, 48, sebaliknya berkata, dia kini dalam proses mencuba pelbagai inisiatif selain pembedahan dan bersyukur apabila beberapa individu menawarkan bantuan.





"Saya ada mencuba beberapa rawatan seperti berurut dan sebagainya. Bagaimanapun, saya belum mendapat kaedah yang paling berkesan untuk merawat penyakit itu.

"Apapun, kesihatan saya sudah bertambah baik dan syukur ada juga yang sudi menaja kos rawatan dijalankan. Paling penting, saya masih mampu untuk menjayakan sebarang tawaran persembahan," katanya.

Dalam pada itu, Zamani tidak mahu pemintanya berasa bimbang berhubung keadaan kesihatannya selain berharap tiada sebarang andaian dibuat mengenai keadaannya itu.

"Sebenarnya saya tak nak peminat bimbang memikirkan kesihatan saya. Jadi, kalau boleh janganlah ada yang membuat andaian mengenai kesihatan saya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Zamani pernah berkongsi berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan dan itu pilihan terakhirnya disebabkan penyakit terbabit sukar untuk dipulihkan.

Sementara itu, penyanyi kumpulan Slam telah melancarkan kelab peminat rasminya, 'Zamanians', dan berkata kelab itu ditubuhkan selepas penerimaan luar biasa peminat sewaktu bertanding dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).

"Sebenarnya saya tidak sangka akan mendapat penerimaan sebegitu ketika bertanding di GV5. Sejak itu, banyak kelab peminat ditubuhkan untuk saya.

"Demi mengelakkan kekeliruan, saya akhirnya tubuhkan Zamanians dan menggabungkan semua kelab-kelab yang pernah diwujudkan untuk menyokong karier saya," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Zamani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: