18 January 2019

ALYAH: "TAK GEMARI SETIAP INCI TOK RAM..... TETAPI.....


"Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun. Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.





"Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik. Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow," kata penyanyi Datin Alyah yang mendedahkan dia tidak pernah terfikir atau mempunyai impian untuk hidup bersama Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram.

Kata Alyah yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga itu lagi, dia tidak pernah menyukai setiap inci dalam diri maestro muzik terkenal itu, malah pelantun lagu 'Kisah Hati itu' pun pelik bagaimana mereka boleh bersama.

Klik untuk gambar besar


Mengakui perbezaan usia 20 tahun membuatkan mereka sering bercanggah pendapat, namun bagi Alyah ianya lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Kata Alyah lagi, Tok Ram mempunyai kualiti suami idaman yang menambat hatinya.

"Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Ramli MS pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: