18 January 2019
'BUKA TUDUNG', 'PAKAI SEKSI' DI KELAB - ERNISHA KENA KECAM
Semua mengetahui mengenai kontroversi yang melanda Dewi Remaja 2018/2019 selepas video di sebuah kelab malam terbar luas di media sosial baru-baru ini.
Dek kerana itu, gelaran juara dipegang oleh pelakon dan model, Haneesya Hanee ditarik balik kerana telah melanggar kontrak serta syarat-syarat penyertaan pertandingan tersebut.
Selain Haneesya yang dikecam kerana berhibur di kelab malam dan meneguk arak, dua lagi peserta Dewi Remaja yang turut berada dalam video kontroversi itu juga menjadi bualan hangat netizen.
Klik untuk gambar besar
Antara yang turut menerima kecaman ialah Erni Nurshahira ataupun lebih dikenali sebagai Ernisha. Rata-rata netizen terkejut dengan penampilannya seksi 'berbikini' dan memakai topi di kelab malam tersebut
Ada netizen yang mengatakan beliau seorang yang hipokrit kerana Ernisha di dalam pertandingan Dewi Remaja tampil dengan imej seorang gadis yang sopan santun dan memakai tudung.
Semalam tindakan tatatertib telah dikenakan terhadap ketiga-tiga Dewi Remaja yang terlibat dalam kontroversi itu. Bagi Ernisha dan Fazreen pula tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran finalis Dewi Remaja untuk karier mereka pada masa akan datang.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Twitter
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment