17 January 2019

GELARAN JUARA DEWI REMAJA 2018/2019, HANEESYA HANEE DITARIK BALIK


"Pertama sekali saya minta maaf sangat-sangat. Kesilapan tersebut sangat serius. Saya mengaku itu memang salah saya, saya mengaku itu perbuatan saya. Saya tak tahu kenapa dan tidak menjangkakan akan jadi begini.





"Saya terima keputusan untuk tarik balik gelaran tersebut dan itu memang sewajarnya. Saya tahu saya dah rosakkan nama Dewi Remaja. Saya minta orang ramai berhenti menyalahkan ibunya. Ini semua atas perbuatan saya, pilihan saya sendiri.

"Ibu saya tiada kena mengena. Biarkan ibu saya sendirian," kata pelakon dan model Haneesya Hanee apabila gelaran sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 telah dilucutkan dan ditarik balik, susulan kontroversi berparti dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari.

Haneesya mengakui kesilapannya serta berharap orang ramai berhenti mengecam atau meletakkan kesalahan pada ibunya kerana apa yang berlaku adalah pilihannya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu diumumkan oleh Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman, dalam satu sidang media khas yang diadakan tengah hari tadi oleh pihak Nu Ideaktiv apabila mendapati Haneesya telah melanggar kontrak serta syarat-syarat penyertaan pertandingan tersebut.

Menurut Faiz lagi, tiada sesiapa yang akan ditabalkan sebagai Dewi Remaja terbaru bagi edisi 2018/2019. Tempat kedua masih milik Tia Sarah begitu juga dengan Sherin Amiri di tempat ketiga.

Difahamkan, video yang tersebar itu berlaku sebulan sebelum pertandingan akhir rancangan pencarian bakat itu. Malah, pada malam kemenangan 13 Januari lalu, Haneesya berada di rumah bersama keluarganya.

Kami harap Haneesya akan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan janganlah mensia-siakan bakat yang anda miliki. Semoga terus maju jaya walaupun tidak lagi bergelar Dewi Remaja.


KLIK LINK INI UNTUK TONTON SIDANG MEDIA KHAS



ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO HANEESYA



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan, Facebook Remaja & Instagram Majalah Remaja


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: