17 January 2019

KONGSI DAPAT LIPUTAN MEDIA ANTARABANGSA - SAFIEY ILIAS DIKECAM


Nama Safiey Ilias baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila berpenampilan seksi dengan mengenakan bikini.





Isu tersebut mendapat perhatian Mufti Wilayah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ingin bertemu dengan Safiey.

Bagaimanapun Safiey menolak pertemuan terbabit kerana sudah serik untuk bertemu para pendakwah lagi kerana bimbang masyarakat terlalu berharap dirinya akan berubah dalam sekelip mata.

Nampaknya, kisah Safiey Ilias itu mendapat perhatian dan liputan media antarabangsa, UK Daily Mail yang melaporkan berhubung isu tersebut.

Klik untuk gambar besar


Safiey turut berkongsikan keratan akhbar tersebut menerusi Instagramnya berserta kepsyen yang mengundang kecaman.

"Wah syinta masuk UK daily mail ke??? Adakah syinta setaraf Madonna ? Ok gurau-gurau manja sayang," tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengecamnya kerana telah memburukkan nama Islam. Kata netizen lagi, disebabkan dia enggan berjumpa dengan Mufti, seluruh dunia melaporkan perkara buruk tentang pendakwah Malaysia.



Kata netizen lagi, tidak ada apa yang perlu dibanggakan jika namanya menjadi perhatian dunia hanya kerana lelaki Islam bertukar menjadi perempuan dan bukan sebab perkara yang baik-baik.

Terdahulu, kisah penghijrahan Safiey Ilias menggemparkan Malaysia apabila nekad untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati.

Bagaimanapun sekitar Disember 2017, Safiey mengejutkan ramai pihak apabila kembali tampil berpakaian wanita.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Safiey Ilias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: