"Sebenarnya saya tak boleh bawa motor. Masa saya beli ini pun, sebab saya teringin. Sebagai seorang lelaki saya teringin nak beli superbike.

"Saya pernah cakap dengan family saya, kalau saya beli motor ini mungkin akan jadi apa-apa dengan saya. Jadi saya dapat, mungkin saya akan sekejap sahaja pakai sampai puas," demikian kata pelakon Hairul Azreen.
Hairul memberitahu keputusannya untuk menjual superbike dan kereta mewahnya itu bukanlah disebabkan dia mempunyai masalah kewangan seperti yang diperkatan netizen di sosial media. Malah, pelakon ini berkata dia mampu untuk membelinya semula sekiranya dia mahukan.
Hairul turut mendedahkan bahawa dia sebenarnya sebelum ini tidak boleh membawa motor yang berkuasa tinggi seperti superbike yang telah dijualnya itu, akan tetapi dia teringin untuk memilikinya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________

No comments:
Post a Comment