27 January 2019

AMEER FORTEEN & TUNANG NIKAH MAC DEPAN, MAJLIS SEDERHANA


Anggota Forteen iaitu Ameer memaklumkan dia dan gadis pilihan, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, bakal bernikah pada 1 Mac depan dan majlis hari bahagia mereka akan dilangsungkan secara sederhana di ibu kota.





Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar, 28, juga berkata, persiapan majlis perkahwinannya kini hampir selesai dilakukan.

"Majlis kahwin saya nanti memang diadakan pada skala sederhana. Kami akan bernikah di masjid dan keesokannya saya dan isteri diraikan dalam majlis resepsi pula. Setakat ini, segala perancangan berjalan lancar.

"Bakal isteri turut banyak membantu melakukan persiapan, apatah lagi ketika ini saya juga sibuk menghasilkan single terbaru bersama Forteen. Ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kami sudah lebih setahun berkenalan menerusi media sosial. Beberapa bulan selepas saling mengenali, saya meminta keluarga untuk meminang dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Seterusnya, kami memilih tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Semuanya berjalan dengan pantas dan bagai dipermudahkan. Saya sendiri jika diizinkan mahu mempercepatkan perkara yang baik.

"Saya percaya, soal jodoh ada kalanya berlaku seperti magis dan terjadi dalam sekelip mata. Pada masa sama, ada hubungan yang memakan masa panjang, tetapi belum tentu berakhir dengan ikatan sah," katanya.

Menyentuh single terkini Forteen, Ameer yang bertunang dengan Nurnaja'a pada 13 Oktober tahun lalu di Taman Melati, Setapak ituberkata, lagu itu adalah hasil ciptaan Adam Armin dan Yusoff.

"Istimewanya, lirik lagu ini ditulis oleh saya dan anggota Forteen yang lain. Ia masih dalam proses adunan dan belum mempunyai judul yang sesuai," tuturnya mengenai lagu berkisar pada kisah percintaan itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ameer Forteen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: