27 January 2019

"TAKPE SAYANG, TUHAN TAHU....." - KING COCO PERTAHANKAN SUAMI


"Sayang, maafkan aku jika tempias ini menganggu mu, padahal kau tak pernah melakukan apa apa. Kau bersama aku waktu aku tak punya siapa siapa 2 tahun lepas. Kau meneutralkan pemikiran aku sewaktu dihentam kiri dan kanan, kau sumber inspirasi aku.





"Tapi tidak aku skrg, aku tidak dapat mempertahankanmu sewaktu netizen yang rata-rata tidak tahu tentang apa yang terjadi tetap menempelak mu, maafkan aku.

"Kau masih tersenyum, katakan "takpe sayang, tuhan ada. Tuhan tahu apa kita buat" itu yang masih terungkap dibibir kemas mu," tulis Instafamous King Coco di laman Instagramnya.

Minggu lalu kecoh di media sosial kisah mengenai Kapten Azrin yang telah menceraikan isteri pertama Nor Azura. Ekoran itu, rata-rata netizen mengecam suami King Coco itu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi muatnaik terbaru, King Coco meluahkan rasa sedih serta memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan suami tersayang apabila diserang netizen berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, King Coco memuji suaminya seorang yang sangat baik dan sentiasa mementingkan keluarga lebih dari dirinya sendiri. Katanya lagi, suaminya itu jugalah yang sanggup membantu dirinya ketika dia jatuh suatu ketika dahulu.

"Bagaimana aku tak sayangkan diri kau? Kau seorang yang sangat baik, bapa yang memikirkan tentang keluarga dari diri sendiri. Itulah sifat mu yang tiada siapa tahu selain aku. Tapi tetap netizen menempelak mu.

"Sewaktu aku hampir merasa dunia ni gelap kau yang hulurkan tangan seikhlasnya untuk mengambil aku sebgai isteri walau ditentang oleh org sekeliling, kau tetap ada dibelakang aku," katanya.



King Coco juga tersentuh dengan keikhlasan hati Azrin yang sanggup memperisterikannya ketika berada dalam kesusahan suatu ketika dahulu.

Katanya juga, netizen akan sentiasa mencari kesalahan mereka dan akan menjadikan perkara tersebut sebagai senjata untuk menyerang mereka.

Dalam pada itu, King Coco turut mendoakan agar mereka kuat untuk berdepan segala dugaan mendatang dan terus istiqamah.

Susulan khabar angin mengatakan King Coco sudah tidak lagi bermadu, Kapten Azrin mendedahkan dia telah menceraikan isteri pertamanya itu pada awal bulan Oktober 2018.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram King Coco


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: