27 January 2019

SELAMAT BERSALIN - LIZA HANIM TIMANG ANAK KELIMA, LELAKI


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Liza Hanim yang telah selamat melahirkan cahaya mata kelima di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 10.58 malam kelmarin.





Pemilik nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim, 39, itu meluahkan perasaan syukur apabila bayi lelaki seberat 2.85 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Alhamdulillah kerana segala-galanya kini sudah selamat. Proses kelahiran bayi juga berjalan dengan lancar. Terima kasih atas doa semua," katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Terdahulu, Liza memaklumkan berita gembira itu dengan berkongsi catatan ringkas mengenai kelahiran bayi itu di laman sosial, Instagram.

Klik untuk gambar besar


"Allahuakbar!!!! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam. Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!! Alhamdulillah...," tulisnya.

Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis termasuk Dayang Nurfaizah, Haiza, Puan Sri Tiara Jacquelina, Lan Solo, Dia Fadila serta Syura Badron.

Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Getaran Cinta Di Jiwa' itu mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada 2003.

Untuk makluman, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohamed Salahuddin, 8, dan Mohamed Ibrahim, 4.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Liza Hanim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: