24 January 2019

BANYAK KEGUGURAN - JAMAL ABDILLAH DAKWA ISTERI KENA BUATAN ORANG


"Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.





"Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus.

"Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena," demikian kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 60, yang memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu menghantar ilmu hitam kepadanya tetapi isterinya, Zai Izzati Khiruddin yang terkena tempias.

Jamal mendedahkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin yang sudah beberapa kali keguguran sebelum ini itu sukar hamil kerana terkena buatan orang. Kata Jamal lagi, keadaan isterinya sekarang semakin kurus.

Klik untuk gambar besar


Lebih teruk, isterinya mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu. Walaupun sudah mendapatkan rawatan moden dan tradisional namun tiada perubahan positif.

Ujarnya lagi, disebabkan masalah tersebut beliau dan isteri tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam.

"Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hormon.



"Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil," ujarnya.

Untuk makluman, pelantun lagu 'Kekasih Awal dan Akhir' itu dan Zai Izzati, 25, bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempat Jamal.

Sebelum ini, Jamal pernah mendirikan rumah tangga bersama tiga bekas isterinya iaitu Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, hasil perkahwinannya bersama Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12, daripada bekas isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: