24 January 2019

"LAMBAT LAGI, JANGAN PAKSA" - SAJAT RIMAS DITANYA SOAL KAHWIN


Hubungan usahawan kosmetik, Nur Sajat dan Coach Yin sejak kebelakangan ini menjadi perhatian apabila Sajat menyatakan hasrat untuk naik pelamin tahun ini dan mengimpikan busana indah seperti pelakon Elfira Loy.





Namun, menerusi video terbaru yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, Sajat seperti rimas serta mengelak apabila ditanya soal kahwin dan bilakah dia akan menamatkan zaman solo.

Dikhabarkan, hubungan mereka berdua kini bermasalah apabila dilihat memuatnaik luahan perasan di Insta Story seolah mempunyai krisis antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar


Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen pelik dengan video tersebut serta tidak percaya ianya dirakam oleh wartawan akhbar.

Kata netizen lagi, video tersebut sekadar propa sahaja dan seolah sudah dirancang semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

Biarpun ramai yang mengecam, namun ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka berkahwin. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka.










ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: