06 January 2019

BENGANG DIHALANG MASUK BUTIK MEWAH - ALIFF SYUKRI DIKECAM


Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video di laman Intagram yang menunjukkan beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli belah di Sydney, Australia dan ia tular serta menjadi bualan ramai.





Dalam video tersebut, memaparkan Aliff Syukri mahu masuk ke sebuah butik mewah namun dihalang oleh pekerja butik. Malah Aliff turut dilihat merayu-rayu untuk memasuki butik berkenaan.

Bengang kerana dihalang masuk dan rayuannya tidak diendahkan, Aliff memanggil pekerja tersebut bodoh dan meluahkan rasa pelik mengapa pekerja tersebut tidak membenarkan pelanggan masuk untuk membeli.

"Korang rasa kenapa dia x kasi masuk adakah sbb kami org kampung???.. antra kenangan pahit kami ketika d sana jam 5ptg.. jangan pandang org sebalah mata.. jenuhh saya merayu nak masuk utk beli beg chanel...

Klik untuk gambar besar


"Hello mat salleh u ingat i tak mampu nak beli cannel?? X apa Fendi lagi lawa.. malas layan org mcm ni mentang2 wife i dan I selekehh u x layan nanti i pakai baju suit dan jammm berlian i baru u tau..

"Nak tau sambungan apa yg Terjadi sila tngok di youtube saya tvterlajaklaris laris saya dah posting," tulisnya.

Menerusi kepsyen video tersebut, Aliff memberitahu beliau berada di butik tersebut pada jam 5 petang dan kejadian itu merupakan kenangan buruk baginya. Aliff turut mempersoalkan adakah beliau tidak dibenarkan masuk kerana mereka orang kampung.



Video tersebut mendapat perhatian netizen dimana rata-rata mereka mengecam tindakan Aliff kerana tidak tahu waktu pusat beli-belah beroperasi dan budaya negara tersebut.

Rata-rata netizen mengatakan, di Australia semua kedai di pusat membeli belah sememangnya akan ditutup tepat jam 5 petang dan pekerja akan pulang ke rumah tepat pada waktunya.

Ada juga segelintir netizen memberikan nasihat kepada Aliff Syukri supaya belajar tentang peraturan dan budaya sesebuah negara sebelum ke sana bimbang tindakannya itu nanti hanya memalukan diri sendiri.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: