06 January 2019

NADIA SAHKAN TAUKE CERAIKANNYA MENERUSI WHATSAPP


"Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru. Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga. Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya.





"Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang," demikian kata Nadia Mohd Affandi yang mengesahkan pelawak Tauke Jambu menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung.

Nadia menambah yang ini bukan pertama kali rumahtangga mereka bergoyang disebabkan orang ketiga namun beliau banyak bersabar memikirkan rumahtangga beliau dan anak.

"Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut. Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit”

Klik untuk gambar besar


"Akhirnya ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-'mention'-kan di Instagram milik Tauke”

"Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke. Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih," jelas Nadia lagi yang turut memberitahu dia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat.

Untuk makluman, Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: