Majlis resepsi pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah berlangsung malam semalam dengan penuh meriah di PIGG, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, menyaksikan pasangan mempelai mengenakan baju ilham pereka kesayangan Elfira iaitu Rizman Ruzaini.
Selain majlis yang diraikan, mata peminat turut tertumpu kepada rakan-rakan selebriti yang turut bersama-sama mengisi masa bagi meraikan Elfira dan suami bersempena hari bersejarah pasangan tersebut.
Untuk makluman, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami isteri pada tahun baru 2019 iaitu 1 Januari 2019 dengan sekali lafaz.
Klik untuk gambar besar


























www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Hlive & #elfaris
________________________

No comments:
Post a Comment