06 January 2019
HILANG KETIKA DIJAGA RAKAN - RITA KESAL, 'PEKAN' BELUM TEMUI
"Saya hantar kucing di rumah kenalan kerana dia nak pinjam dan 'kahwinkan' dengan kucing dia, malangnya sehari sahaja di rumahnya kucing saya hilang.
"Sudah tiga malam mencari masih tak jumpa, saya sudah anggap kucing itu macam anak saya sendiri, mana boleh diganti dengan kucing lain," ujar pelakon Rita Rudaini ketika diminta mengulas tetang kucingnya yang hilang sejak Khamis lalu.
Rita akui dirinya kesal apabila kucing kesayangannya yang diberi nama 'Pekan' hilang ketika bawah jagaan seorang kenalan di Semenyih, Selangor.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia sudah melakukan beberapa usaha termasuk solat hajat agar menemui kucing tersebut.
Dalam pada itu, Rita menganggap kenalan yang meminjam 'Pekan' perlu bertanggungjawab dalam proses mencari kucing itu.
Klik untuk gambar besar
"Dia cuai dan tidak jaga dengan betul sehingga boleh terlepas. Saya pun pernah buat matting dengan kucing orang tapi saya jaga betul-betul tak bagi terlepas.
"Dia perlu bertanggungjawab tak boleh lepas tangan. Jangan senang-senang cakap nak ganti balik dengan anak kucing dia. Sudah dua malam saya dan sahabat-sahabat datang jauh ke Semenyih untuk cari 'Pekan'," katanya.
Dek kerana itu, Rita turut merayu penduduk Semenyih yag ternampak atau terambil kucing tersebut agar memulangkan kepadanya semula.
"Hanya pencipta kucing sahaja tahu perasaan saya, kucing ni macam anak, logik ke orang nak ganti dengan anak lain," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rita Rudaini
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment