08 January 2019

DIDUKUNG TUNANG TERIMA TEGURAN, KECAMAN - FASHA TAMPIL 'BALAS'


"Hanya Allah yang tentukan Halal dan Haram. Bukan manusia. Terima kasih," antara kata-kata 'balas' pelakon Fasha Sandha yang menerima teguran netizen selepas memuatnaik gambar dirinya kena dukung oleh tunangnya, pelakon Aidil Aziz.





Seperti sudah dijangka, foto tersebut menjadi bualan ramai serta menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Tidak hanya berdiam diri, Fasha dilihat membalas komen-komen berbentuk teguran serta kecaman tersebut dengan tenang dan turut berterima kasih di atas semua teguran.

Bagaimanapun, susulan jawapan balasnya itu, segelintir netizen menyifatkan Fasha tidak boleh menerima teguran atau nasihat.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dengan mengatakan mereka baru saja bertunang tetapi bergambar seperti pasangan suami isteri. Kata netizen lagi, tindakan Fasha itu memberikan contoh yang tidak baik terutama kepada anak-anak.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan teguran secara baik dengan menasihati Fasha agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

Mungkin Fasha Sandha sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya, tapi apa yang dikatakan oleh netizen mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang pada artis kesayangan mereka.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: