08 January 2019

DITEGUR AMBIL KUANTITI BANYAK - ELIZAD SEDIH, NIAT NAK BERKONSGI


"Ambil kuantiti banyak ni sebab niat nak kongsi berdua. Tiba-tiba ditegur 'banyaknya ambil, cukup ke orang lain nak makan?'.





"Langsung saya letak pinggan dan berlalu pergi. cuma nak kongsi kalau korang nampak orang nak makan, janganlah ditegur sebegitu rupa. Hiba sangat hati ini.

"Lepas letak makanan, terus masuk tandas, ternangis... Mungkin terasa sangat hati ini," kata pelakon Siti Elizad yang memberitahu terasa hati apabila ditegur hanya kerana mengambil makanan kuantiti banyak tanpa mengetahui ia adalah untuk dikongsi.

Elizad berkata, dia terasa kecil hati dengan kata-kata individu itu seolah-olah cuba menggambarkan dia bersikap mementingkan diri sebelum meletakkan kembali makanan diambil dan berlalu pergi.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Elizad berkata, dia terkesan dengan kata-kata individu itu kerana sejak kecil dia tidak pernah diajar untuk berkira tentang soal makanan.

Kata Elizad, dia sentiasa percaya sekiranya seseorang itu berkongsi makanan dengan orang lain, Allah akan menambah rezeki dan nikmat seseorang itu.

"Isu makan rasanya semua orang pun akan terasa hati jika ditegur seperti itu. Tolong belajar hormat perasaan orang, tambah-tambah soal makan.

"Rezeki Allah itukan luas. Saya diajar daripada kecil, bab makan jangan berkira langsung! Bila bagi orang makan, Allah tambahkan lagi nikmat," ujarnya.



Sementara itu, Elizad berkata, kejadian itu menyedarkannya agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

"Kalau boleh tapau, lepas ni nak tapau... Kalau orang yang kenal saya ni, orang akan tahu saya ni jenis kuat makan, enjoy food!

"Makanlah apa pun, langsung tak berkira sebab percaya bagi orang makan, Allah tambahkan rezeki kita.

"Tapi hari ini terkesan sangat. Terima kasih untuk itu. Moga Allah gantikan kesedihan saya dengan sesuatu yang lebih baik," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: