07 January 2019

SHIHA PELIK SIKAP SEGELINTIR NETIZEN MALAYSIA SUKA MEMBULI


Mula mengembangkan bakat di seberang, penyanyi Shiha Zikir memberitahu yang dia pelik dengan sikap segelintir netizen di Malaysia yang suka membuli di laman sosial sedangkan peminat Indonesia lebih terbuka memberi sokongan.





Namun, biar apa pun yang diperhatikan, kecaman netizen tidak melemahkan semangat Shiha apabila masih ramai pendengar Malaysia menyokongnya.

"Saya terbaca komen di YouTube mengenai lagu Pipiyama. Ditulis, tak semua orang Malaysia membuli, segelintir saja. Orang lain masih ada yang sokong dan seronok apabila Shiha dapat pergi (teroka pasaran) Indonesia.

"Jika rakyat Indonesia yang membuli, Shiha faham... Mungkin sebab saya orang luar. Tapi kalau rakyat negara sendiri yang berbuat demikian, itu saya tak faham," katanya.

Shiha berkata, sejak pulang dari Indonesia, dia terkejut membaca komen netizen ke atas artikel yang disiarkan sepanjang dia berada di negara itu.

"Saya lihat, ramai yang memperlekehkan saya sedangkan pendengar di Indonesia memberi sokongan. Sepatutnya, orang kita bagi dorongan sebab bukan mudah untuk masuk ke pasaran di mana-mana negara sekalipun... Tak fahamlah," luahnya.

Klik untuk gambar besar


Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 32, menempa nama di Indonesia sejak menyertai program realiti, D’ Academy Asia pada 2015.

Bintangnya terus bersinar apabila muncul dengan lagu dangdut Pipiyama iaitu singkatan kepada Pilih Pilih Yang Mana selain berduet dengan Raja Dangdut, Rhoma Irama di Jakarta, baru-baru ini.

Mahu terus positif, Shiha melihat kritikan netizen sebagai penggerak untuk terus membuktikan keupayaan.

"Tak mengapa... Saya akan terus berjuang kerana cintakan dunia seni, bukan kejar populariti. Kalau saya jenis mahukan populariti, baik saya cipta kontroversi.

"Apa pun, terima kasih kepada media, wartawan dan penyokong sama ada di Malaysia mahu pun Indonesia yang sentiasa bersama saya sejak dulu. Anda semua cukup bermakna dalam hidup saya," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: