07 January 2019

SUFIAN: "DAH LAMA MOVED' ON, TAK PERLU NAK UNGKIT LAGI"


Baru-baru ini, penyanyi Sufian Suhaimi telah memuatnaik tweet mengenai tahun 2019 merupakan Tahun Babi dalam kalendar Cina dan ia telah menjadi perhatian apabila rata-rata netizen beranggapan status itu seperti ada kaitan dengan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy.





"Menurut kalendar Cina, 2019 adalah tahun babi... Kita tinggalkan di situ saja ya?" tulis penyanyi lagu 'Di Matamu' itu.

Bagaimanapun, Sufian menafikan bahawa Tweet tersebut ditujukan kepada bekas tunangnya, sebaliknya buat netizen yang tidak berhenti mengaitkan dirinya dengan Elfira meskipun pelakon itu sudah pun mendirikan rumah tangga.

"Saya sudah lama 'moved on'. Dia pun sudah bertemu bahagia. Jadi, tak perlulah nak ungkit lagi kisah lama. Tapi biasalah netizen ini terus-terusan menguji diri saya. Ada yang tagged saya di Instagram, contohnya, sambil memberi komen bukan-bukan.

Klik untuk gambar besar


"Antaranya, ada yang bertanya apakah saya tidak sedih apabila bekas tunang sudah berkahwin. Ada juga yang mahu tahu apa perasaan saya apabila dia sudah bernikah dan bermacam-macam lagi.

"Saya rasa tak perlulah jadi begitu… Kenapa hendak kaitkan saya lagi dengan dia? Sebab itulah saya ‘bahasakan’ netizen dengan status di Twitter," katanya.

Siapa tak bengang kalau asyik dikaitkan dengan kisah masa lalu lebih-lebih lagi kisah cinta yang tidak kesampaian. Kalau ikutkan netizen sebenarnya yang masih belum move on.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: