19 January 2019

ERNISHA DAKWA ADA PENGKHIANAT - NETIZEN 'SERANG' ANNA JOBLING


Nampaknya masih lagi hangat diperkatakan mengenai kontroversi yang melanda finalis Dewi Remaja 2018/2019 berparti sakan dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari.





Hari ini, nama Ernisha pula menjadi bualan ramai dan dikecam teruk berhubung video tersebut. Tidak hanya mahu berdiam diri, akhirnya Ernisha membuka mulut mengenai isu tersebut menerusi Insta Story.

Apa yang mengejutkan Ernisha mendedahkan ada pengkhianat dikalangan Dewi Remaja. Ernisha turut berkongsikan 'screenshot' perbualan Whatsapp antara seorang lagi finalis Dewi Remaja yang menimbulkan tanda tanya.

Perkongsian itu bertambah panas apabila seorang pengguna Twitter bertanyakan kepada Ernisha mengapa nama seorang Dewi Remaja dalam perbualan tersebut tidak diselindungkan.

Klik untuk gambar besar


Keadaan menjadi lebih panas apabila Ernisha seakan memberikan gambaran bahawa Anna Jobling adalah dalang disebalik penyebaran video itu.

Jawapan tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi dikalangan netizen. Susulan itu, akaun Instagram Anna Jobling diserang bertubi-tubi oleh netizen dengan pelbagai persoalan dan komen yang mahu bertanyakan tentang kesahihan dakwaan tersebut.

Setakat ini masih tiada pihak yang tampil menjelaskan perkara sebenar. Apa pun diharap netizen tidak membuat spekulasi liar berhubung perkara tersebut dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: