14 January 2019

FATTAH & FAZURA DOAKAN 'PENDAKWAH' TERSEBUT DIBERIKAN HIDAYAH


"Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang 'pendakwah' yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya.





"Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami?

"Kami doakan agar 'pendakwah' tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW," tulis pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura yang kesal difitnah dan tersinggung pendakwah menegur tanpa usul periksa.

Baru-baru ini tular di media sosial tajuk berita oleh sebuah laporan akhbar mengenai aktres dan penyanyi itu yang mendakwa suaminya yang juga aktor dan penyanyi ini meluluskan adegan seksi Fazura dalam klip video, 'Can't Forget Me'.

Klik untuk gambar besar


Rentetan daripada pelbagai kecaman dan salah faham yang timbul, Fazura menjelaskan bahawa kenyataan oleh laporan akhbar itu sangat tersasar kerana 'seksi' yang dimaksudkan adalah lirik lagu tersebut dan bukannya aksi seksi.

Menerusi laman Instagram, Fattah turut memuatnaik kenyataan berhubung isu tersebut serta meluahkan rasa kecewa apabila seorang pendakwah yang membuat teguran secara terbuka tanpa sebarang usul periksa.

Fattah turut menyifatkan tindakan pendakwah itu mengundang cercaan dan fitnah terhadap mereka suami isteri. Apa salahnya untuk menghubungi beliau secara langsung untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat teguran tersebut.



Pendakwah berkenaan iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed telah membuat teguran secara terbuka berhubung laporan akhbar tersebut. Bagaimanapun, pendakwah itu kemudian dilihat memuatnaik kenyataan permohonan maaf berhubung teguran yang hanya berdasarkan laporan tidak benar menerusi akhbar berkenaan.

"Kepada penyokong Fattah dan Fazura, tiada sekelumit rasa dalam hati saya untuk melagakan antara kedua suami isteri ini. Ianya adalah respon saya untuk menegur, bukan sahaja kepada keduanya tetapi juga buat suami suami isteri diluar sana," katanya.

Bagaimanapun, Fattah pada masa yang sama mengakui terharu dengan sokongan yang diberikan oleh para peminatnya dan mengucapkan terima kasih kerana memahami apa yang sedang berlaku.














www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Fattah Amin, Nur Fazura & Instagram PU Syed


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: