20 January 2019
GAMBAR DIAMBIL SENYAP-SENYAP: "RUDE & ANNOYING" - SUFIAN 'BERANG'
"Tolonglah, jangan ambil gambar senyap-senyap kalau dah ada depan-depan. Saya rasa itu rude dan annoying. Lagi-lagi bila saya bersama keluarga," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang menegur sikap segelintir peminat yang gemar mengambil gambarnya secara sembunyi walaupun mereka sebenarnya boleh menyapanya untuk berbuat demikian.
Malahan, Sufian menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan menjengkelkan terutamanya apabila dia sedang menghabiskan masa bersama keluarga.
Dalam pada itu, Sufian berkata, dia tidak akan menolak hasrat peminat untuk bergambar denganya jika seseorang itu membuat permintaan dengan cara yang baik.
Klik untuk gambar besar
Kata Sufian, bukansatu kesalahan untuk menegurnya terlebih dahulu berbanding merakamkan gambarnya secara sembunyi: Tegurlah. Minta baik-baik. Saya suka je".
Sebelum ini, penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna pernah meluahkan perkara sama dan menghargai sekiranya peminat memberinya ruang privasi apabila berada di tempat awam.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sufian Suhaimi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment