31 January 2019

ISU ABANG DENGAN EMMA MAEMBONG - SYED SADDIQ BUKA MULUT


Beberapa keping gambar mesra pelakon Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq sebelum tular di media sosial dan hangat diperkatakan sejak Selasa hari lalu.





Susulan isu tersebut, ruangan komen di laman Instagram Syed Saddiq dihujani dengan komen kritikan dan kecaman daripada netizen.

Salah seorang netizen turut menyarankan agar Saddiq menegur abangnya kerana tindakan Syed Abdullah itu dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka.

Kenyataan netizen itu mendapat perhatian dan komen tersebut dibalas dengan tenang oleh Syed Saddiq. Saddiq menjelaskan dia tidak perlu mendedahkan perkara berkenaan teguran atau perbincangan di antara keluarga kepada umum.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia," tulisnya.

Gambar mesra Emma tanpa hijab bersam Syed Abdullah di sebuah restoran dan sekeping lagi gambar seorang wanita duduk di celah kangkang lelaki berkenaan di dalam bilik telah tersebar dan menjadi tular di media sosial.

Berikutan itu, Emma membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapannya kerana tidak bertudung. Bagaimanapun, Emma menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki tersebut bukan dirinya.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: