31 January 2019

TAKUT DISAMAN LINDA RAFAR - RAMAI BERTALU-TALU MOHON MAAF


"Sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan pengecualian notis. Seperti yang dimaklumkan semalam, permohonan maaf itu perlu dibuat secara jelas dan terperinci. Bukan hanya hantar menghantar mesej minta maaf saja.





"Saya akui ada yang tak mahu beri kerjasama ketika diminta berbuat sedemikian. Alasan yang diberikan mereka malu orang akan tahu jika mereka memuatnaik permohonan maaf itu.

"Ada yang menghantar mesej mereka menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru pula mereka nak fikir perkara itu salah.

"Apa pun, saya kena ikut nasihat peguam. Permohonan maaf itu perlu beradab dan jelas serta dibuat secara terbuka. Saya akan memuatnaik permohonan maaf yang sudah diluluskan peguam di Instragram," demikian jelas penyanyi Linda Rafar yang menerima lebih 40 'Direct Message' (DM) mohon maaf dari netizen di laman Instagram miliknya.

Linda, 41, berkata dia menerima permohonan maaf bertalu-talu itu selepas berita dirinya mahu menyaman lebih 100 individu yang menulis komen keterlaluan berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam Disember lalu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun Linda, 41, memberitahu, bagi mereka yang masih berdegil untuk meminta maaf, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka tetap akan dihantar atau mereka bakal berdepan dengan saman.

Rata-rata rakan di kalangan selebriti memuji tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen. Untuk pengetahuan, Linda merupakan selebriti pertama menfailkan saman terhadap netizen.

"Alhamdulillah, ramai rakan artis dan orang sekeliling menyokong saya. Mereka memaklumkan jika saya tak buat, perkara ini akan berterusan. Mereka puji saya berani 'ajar' netizen," katanya.

Kelmarin, Linda mengadakan sidang media memaklumkan bakal memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial berhubung isu terbabit. Linda menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.



Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh kelmarin.

Isu ini timbul apabila Linda meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat terhadap arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman yang ketika itu dirawat di Hospital Shah Alam.

Status yang dimuatnaik di laman Instagram Story pada 27 Disember itu tular dan mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital itu. Kementerian Kesihatan turut mengambil maklum dan memandang serius mengenai dakwaan itu.

Dalam masa sama, Deligasi Jururawat Malaysia (DON) membantu seorang jururawat memfailkan saman selepas didakwa menjadi mangsa fitnah penyanyi itu. Kes itu sedang berjalan di Mahkamah Shah Alam selepas pihak Linda menerima notis pada 8 Januari lalu.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: