11 January 2019

ISU 'SUDAH KAHWIN' WANITA UKRAINE - ZUL ARIFFIN TAMPIL NAFI


Baru-baru ini, timbul khabar angin kononnya pelakon Zul Ariffin sudah mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu.





Bagaimanapun, hero filem 'Tombiruo: Penunggu Rimba' itu tampil menafikan dirinya berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuatnaik Glembotska dalam Instagram (IG) Story.

"Tiada maknalah... Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen. IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna... Maaf, saya tiada komen," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: "I want to say thanks to my husband. I am very happy with you." (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Klik untuk gambar besar


Entri berkenaan pantas mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat bintang bertubuh sasa yang berusia 33 tahun itu.

Gambar terbabit kemudian dikongsi sebuah akaun gosip popular di IG. Difahamkan, gambar terbaru mereka dihantar oleh teman Glembotska yang mahukan kepastian mengenai gosip kedua-duanya sudah bernikah.

Pada Julai lalu, beberapa gambar mesra Zul dan Glembotska tersebar di alam maya. Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai, di Phuket, Thailand.



Lebih menghangat gosip mengaitkan mereka berdua apabila foto dimuat naik oleh Zul dan Glembotska bagai menunjukkan lokasi dan masa yang sama.

Selain mengikuti akaun IG Zul, Glembotska juga memuat naik gambar memeluk seorang jejaka yang dipercayai pelakon J Revolusi berkenaan. Gadis itu turut memuatnaik gambar ukiran tatu yang memaparkan nama Zul di jari manisnya.

"Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain," kata Zul dalam kenyataan dibuat, tidak lama dulu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian,Astro Gempak & Instagram Zul Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: