11 January 2019

ISU TAK MUATNAIK FOTO AMYRA - NOORKHIRAH ENGGAN TAMBAH DOSA


"Kalau saya sibuk menjaga aurat saya takkanlah sesuka hati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini. Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk elak mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya," ujar pelakon Noorkhiriah.





Beliau tampil menjelaskan yang dia tidak memuatnaik foto bersama pelakon utama watak 'Nur' iaitu Amyra Rosli adalah disebabkan kerana ingin menjaga aurat wanita itu.

Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhirah Ahmad Shapie, 42, berkata, dia cuba untuk mengelak daripada menayang aurat wanita lain di laman sosial Instagramnya.

Pelakon itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan mengapa dia hanya memuatnaik bersama pelakon yang membawakan watak 'Ustaz Hamadi' iaitu Azhan Rani berbanding heroinnya Amyra.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya, dia akan meminta izin dahulu kepada mana-mana wanita yang tidak menutup aurat jika terdapat dalam video atau foto yang ingin dikongsi di laman sosialnya. Katanya, dia tidak mahu menambah dosa jika melakukan perkara berkenaan.

"Jangan main-main, sehelai rambut pun tetap akan diazab hanya kerana tak fasal-fasal dosa saya bertambah. Sudahlah saya ini pendosa yang ingin ke syurga. Ingat syurga ini murah?," katanya.

Noorkhiriah membawa watak 'Aishah' dalam drama popular 'Nur' yang ditayangkan pada Ramadan tahun lalu.

Drama 'Nur 2' sedang menjalani penggambaran yang turut melibatkan beberapa pelakon popular lain iaitu Syafiq Kyle, Datuk Jalaludin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: