25 January 2019

JANNA NICK: "KENA JADI BODOH UNTUK ORANG LAIN RASA PANDAI"


"Cantik tanpa otak. Saya mengambil ini sebagai ujian. Kalau awak pandai, awak akan tahu apa sebenarnya saya lakukan. Anda semua menyebarkan video bodoh ini seperti yang saya mahukan. Jadi, siapa yang sebenarnya bodoh? Atau awak rasa orang pandai tak boleh berkelakuan bodoh?





"Tak ke bosan asyik nak jadi pandai saja. Kadang-kadang kita kena jadi bodoh untuk orang lain rasa pandai," kata pelakon dan pengacara Janna Nick menerusi laman Twitter yang menganggap komen netizen yang menyatakan dia memiliki kecantikan tapi tiada otak sebagai satu pujian.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 24, berkata kadang-kadang seseorang itu perlu berlagak kurang cerdik untuk orang lain berasa lebih pandai.

Pengacara program 'Melodi' itu membalas salah satu tweet daripada netizen yang menyatakan videi kononya dia sedang berbual dengan kekasih itu membuatkan orang lain menganggap dirinya kurang cerdik dan mahukan perhatian.

Pelakon drama bersiri 'Isteri Untuk Diiktiraf' ini sememangnya gemar memuatnaik video seakan sedang berbual dengan kekasih di laman sosialnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Janna memberitahu dia telah berjaya melaksanakan azam tahun lalu untuk tidak memberi respon terhadap komen-komen negatif.

Kata Janna, dia kini kembali bersuara lantang namun tidak mahu melayan orang yang mempunyai pemikiran kurang pandai.

"Azam 2018 saya tak mahu bertindak balas dengan satu komen negatif pun. Dan saya berjaya! Setahun tak bersuara... Senyap!

"Tapi tu azam 2018 sajalah. Janna Nick bersuara lantang dah kembali. Tapi kalau jenis yang bodoh-bodoh sangat tak kuasa la nak layan," ujarnya.








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: