25 January 2019

PELAWAK BERSATU HATI CARI DANA, SIMPATI PENDERITAAN EBBY YUS


Pelawak Ajak Shiro memberitahu sedang dalam usaha mengumpulkan dana bagi membantu meringankan beban pelakon senior dan juga pelawak Ebby Yus selepas terkesan dengan berita keadaan terkini beliau.





Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 33, berkata, dia juga sudah mengutarakan idea itu kepada rakan pelawak yang lain dan rata-rata bermurah hati untuk menyumbang.

"Ebby Yus bukan sahaja seorang pelakon dan pelawak berbakat besar malah sudah kami anggap sebagai mentor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami generasi baru.

"Apabila mendapat tahu tentang keadaannya terus kami terpanggil untuk membantu maka timbul idea untuk mengumpul dana daripada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang komedi.

Klik untuk gambar besar


"Kami mungkin tidak ramai tetapi Insya-Allah apabila kami bersatu hati ia pasti dipermudahkan," katanya.

Dalam pada itu, Ajak turut memberitahu dia juga akan menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu untuk disalurkan kepada Ebby.

Malah kata Ajak, dia juga terharu apabila rakan-rakan seperjuangan dalam MLM 2018 seperti Taman, Zero dan Bocey turut berniat melakukan perkara sama.



Pada pertandingan itu, Ajak bersama Shahrol menjuarai pertandingan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Baru-baru ini, media melaporkan Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus abdul Rashid, 55, sudah setahun tidak bekerja akibat jantunya kemabli lemah selain masalah buah pinggang bocor.

Untuk rekod, Ebby pernah menjalni pembedahan pintasan jantung pada 1998 selain dimasukkan ke hospital sekitar 2015 dan 2017 akibat masalah sama.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: