25 January 2019
"BERHENTI BUAT KENYATAAN BODOH" - MICHAEL ANG TEMPELAK ERNISHA?
"Mana ada orang kecam sebab pakai tudung dik!," demikian petikan kata-kata pengarah Michael Ang menerusi sebuah video di entri terbarunya.
Dalam video tersebut, Michael meluahkan rasa geram dengan kenyataan bodoh 'seseorang' yang memaklumkan imannya mula goyang apabila tindakannya berhijrah dan memakai tudung dikecam orang ramai.
Ramai mendakwa rakaman video itu ditujukan khas buat bekas finalis Dewi Remaja, Ernisha yang baru-baru ini memberikan 'alasan' tersebut mengapa beliau bertindak membuka tudung dan berpakaian seksi di kelab malam.
Menurut Mike, alasan tersebut terlalu bodoh untuk digunakan kerana baginya tiada orang yang akan menghina seseorang jika dia bertudung, malah lagi rasa bersyukur jika seseorang itu sudah berhijrah.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Mike meminta Ernisha supaya tidak memberikan alasan-alasan bodoh demi untuk menutup insiden mabuk di kelab malam. Pesan Mike lagi, Ernisha hanya perlu berdiam diri.
Di ruangan komen pula, ramai bersetuju dengan pendapat Mike dan nasihat yang diberikan. Ada juga mendakwa Ernisha patut malu dengan pendapat Mike sebagai orang bukan Islam tetapi lebih memahami dan menghormati Islam.
Kontroversi melibatkan bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019 masih lagi berpanjangan. Terbaru, apabila Ernisha mengeluarkan kenyataan tentang tindakannya yang 'on and off' berhijab dan imannya semakin tidak kuat kerana terkesan dengan kecaman netizen.
Apa-apapun, sepatutnya apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran dan tidak perlu lagi terus menegakkan benang yang basah. Apa pula pendapat anda?
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Michael Ang
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment