25 January 2019

NYANYIAN FAZURA DI KONSERT ELMINA LAKESIDE DIKRITIK SUMBANG


Sebelum ini, lagu single terbaru Fazura, berjudul 'Can't Forget Me' itu semakin mendapat tempat dihati ramai pendengar apabila berjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes, sekaligus berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.





Namun baru-baru ini, nyanyian Fazura secara langsung di Konsert Elmina Lakeside telah mendapat kritikan daripada netizen. Di konsert tersebut Namawee dan Shane Fillan dari Kumpulan Westlife turut diundang untuk membuat persembahan.

Ini bukan kali pertama suara Fazura dikritik. Ada juga seorang netizen meluahkan rasa kecewa dengan mutu suara Fazura serta mengatakan lagu tersebut tidak sesuai suaranya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, ada netizen yang memuji cara nyanyian Fazura menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini.

Kata netizen lagi walaupun persembahan secara live itu tidak 100 peratus sempurna, namun Fazura menyanyi dengan baik sekali. Apa-apa pun lagu baru Fazura ini memang sedap didengar.






ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya & Instagram Nur Fazura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: