23 January 2019

KENYATAAN KAPTEN AZRIN BERHUBUNG MADU KING COCO KENA CERAI


"Saya mengesahkan kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulan Oktober 2018. Saya tak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya.





"Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perceraian ini. Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua," kata suami kepada Instafamous King Coco, Kapten Azrin yang mendedahkan telah menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018.

Jelas Azrin, keputusan untuk berpisah itu dibuat hasil persetujuan bersama dan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Status madu King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail mula menjadi perhatian apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Saleh memuat naik gambar bersama berserta kata-kata semangat baru-baru ini.

Menerusi keterangan bio Instagram Nor Azura pula, wanita itu telah meletakkan status 'single mom' hingga mencetuskan teka-teki hubungan rumah tangganya dengan Azrin.

Hasil perkahwinan Nor Azura dan Azrin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata. Manakala, King Coco dan Azrin memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Nona


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: