16 January 2019

KES SAMAN FITNAH - LINDA RAFAR LANTIK PEGUAMBELA


Bagi kes saman fitnah melibatkan dirinya dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Delegasi Jururawat Malaysia (DON), penyanyi dan pelakon Linda Rafar telah melantik peguambela, Nurul Hafidzah & Associates, Advocates & Solicitors.





Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman tersebut, mereka mengumumkan sudah dilantik sebagai konsultan berkaitan undang-undang kepada Linda berkuatkuasa semalam.

Tindakan berkenaan adalah tindak balas kepada notis tuntutan permohonan maaf dan saman malu kerosakan disebabkan fitnah yang berlaku sebelum ini.

"Anak guam kami menafikan segala tuduhan dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-udang sepatutnya berhubung fitnah tidak bertanggungjawab yang telah memburukkan reputasinya," ujar peguam yang mengetuai kes terbabit, Nurul Hafidzah Hassan.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON), memuatnaik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite ini agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Notis itu dihantar melalui dua kaedah iaitu pemberian tangan dan secara hantaran 'avis de réception' (pos berdaftar). Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa tujuh hari.

Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman. - K! ONLINE




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: