16 January 2019

15 FOTO - BLACK ADAKAN MAJLIS AKIKAH 'RINDU' & ULANG TAHUN KE-4 'DAYYAN'


Baru-baru ini, penyanyi Black Hanifah telah mengadakan majlis akikah anak keduanya, Rindu Dayyana, 3 bulan serta diadakan serentak dengan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-4 anak sulung, Khaleef Dayyan.





Black ketika ditemui pada majlis tersebut berkata, erti kebahagiaan buatnya ialah apabila dapat melihat dua anaknya itu membesar di depan mata dan dia sentiasa mendoakan Dayyan dan Rindu menjadi anak yang berguna kepada masyarakat.

"Tentunya sebagai bapa, saya mahu anak menjadi insan yang berguna. Bukan saja kepada ibu bapa, tetapi juga kepada bangsa, agama dan negara," katanya.

Ditanya mengenai publisiti yang diterima terutama Dayyan, Black berkata, tahun ini dia akan cuba mengawalnya.

"Tahun ini, Dayyan sudah mula bersekolah. Jadi, saya akan kurangkan sedikit untuk memberikan pendedahan kepadanya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi pengalaman selepas memiliki dua cahaya mata, Black mengakui dia berasakan perbezaan ketara.

"Sebelum ini proses menjaga seorang anak lebih mudah kerana saya dan isteri membahagikan tugas. Tapi, apabila sudah ada dua anak, masing-masing kena bekerja keras.

"Rindu lebih manja berbanding abangnya. Jadi, apabila dia banyak habiskan masa bersama ibunya, sayalah yang perlu meluangkan banyak masa dengan Dayyan," tuturnya.

Black juga berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.



"Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

"Saya juga bersyukur kerana tidak ada 'keyboard warrior' yang menulis perkara negatif mengenai keluarga saya," tuturnya yang memiliki Dayyan dan Rindu hasil perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Black berkata, dia kini sedang mencari komposer untuk lagu baharunya dan dia juga terbabit secara langsung dalam penghasilan lagu itu.

Selain itu, penyanyi lagu 'Pot Pet' itu juga merancang mengadakan konsert di Singapura dan Istana Budaya, Kuala Lumpur.


























www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: