28 January 2019

KISAH ANAK ANGKAT ALIFF SYUKRI - ABBY MINTA TIDAK DIKAITKAN


Kisah usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dengan anak angkanya, Qayyum yang diberi semula kepada ibu kandung, pelakon Abby abadi meminta netizen di laman sosial tidak mengaitkan dengannya.





Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata apa yang terjadi pada keluarga pengasas produk D'Herbs itu tidak semestinya akan berlaku kepada orang lain. Malah, Abby menegaskan Allah lebih mengetahui yang terbaik dan tidak perlu bimbang dengan masa hadapan.

"Kenapa perlu tanya soalan macam ni? Mesti ke yang jadi pada orang lain, akan jadi pada kita juga? Semua kes sama ke? Tak perlu risaulah perkara-perkara masa depan. Allah Maha tahu yang terbaik," kata Abby menerusi laman Instagram.

Abby menjelaskan perkara itu bagi membalas komen beberapa netizen yang bertanyakan bagaimana sekiranya dia mengalami situasi yang sama seperti Aliff Syukri.

Baru-baru ini kecoh apabila Aliff dan isterinya, Datin Nur Shahida terpaksa memberi semula penjagaan Qayyum kepada ibu kandung anak angkatnya itu.

Klik untuk gambar besar


Abby turut terpalit dengan kisah tersebut memandangkan dia juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia pada tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Gerak Khas' ini juga memohon pada netizen tidak menimbulkan perkara yang berkaitan orang lain di laman sosialnya.

"Tolonglah tak perlu timbulkan benda-benda macam ni kat sini," ujarnya yang berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, Abby mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pelakon Norman Hakim.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: