12 January 2019

"LIRIK & ADEGAN 'SEKSI' DALAM MV - FAZURA AKUI SUAMI 'LULUSKAN'


"Bila Fattah tengok video itu, risau juga terutama bahagian baring-baring dan takut juga saya tengok juga reaksi dia di sebelah saya. Sebaliknya dia puji video itu 'meletup' dan alhamdullilah lulus.





"Risau juga, sesetengah liriknya seksi-seksi dan dia sempat gurau 'apa seksi-seksi ni?'. Dia faham apa yang saya nak terjemahkan.

"Ia bukan berunsurkan seksual, tapi sebenarnya bermaksud memperkasakan diri," kata aktres pengacara dan penyanyi Fazura yang lega apabila suaminya Fattah Amin 'meluluskan' lirik serta video klip single terbarunya berjudul 'Can't Forget Me' yang bakal dilancarkan minggu depan.

Fazura, 35, mengakui dia awalnya risau juga jika Fattah tidak berkenan dengan aksinya dalam video klip arahan Fabian Joseph itu.

Klik untuk gambar besar


Fazura turut mendedahkan dia berhadapan cabaran getir apabila kakinya terseliuh akibat terhentak kuat sewaktu melakukan penggambaran video klip single itu.

Menurutnya, insiden berkenaan menyebabkan pergerakannya terbatas untuk menyempurnakan video klip itu dan kesakitannya masih dirasai sehingga sekarang.

"Hentakan pada bahagian tulang keting kaki itu berlaku pada babak pertama membuatkan semua orang panik jika saya tidak dapat meneruskan penggambaran.



"Itulah pergerakan saya agak terbatas sedikit dalam video itu. Sebulan juga kaki saya kembali pulih dan sekarang masih ada sedikit rasa kesakitan," tuturnya.

Untuk pengetahuan lagu 'Can't Forget Me' adalah hasil ciptaan komposer dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat iaitu Will Beaman dan Cameron Forbes.

Lagu terbabit serta video klipnya bakal dilancarkan pada 18 Januari nanti di pelbagai platform muzik termasuklah iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: