12 January 2019

DIKUTUK GARA-GARA VIDEO SAMBUT KRISMAS - NOURUL KECEWA


"Sesetengah orang memang suka membuat penilaian dan kesimpulan sendiri. Perkara itu yang kita tak boleh kawal. Saya hanya mahu menunjukkan budaya keluarga mentua dan tidak langsung mengaitkannya dengan agama kerana ia terlalu sensitif.





"Saya bersama keluarga sama-sama menyambut perayaan itu sekadar suka-suka. Ia tiada kena mengena dengan soal menyambut perayaan agama lain. Begitupun, tidak semua manusia mempunyai pemikiran sama. Begitu juga tak semuanya memahami sesuatu perkara seperti kami niatkan.

"Sudah tentu saya agak kecewa apabila dengan mudah sesetengah daripada kita membuat penilaian," kata penyanyi Nourul Wahab Depp yang tidak menyangka perkongsian video mengenai persiapan keluarga mentuanya di Perancis menyambut perayaan Krismas, baru-baru ini, menjadi bahan perdebatan netizen.

Nourul, 41, turut mengakui kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang suka membuat penilaian sendiri mengenai keluarganya, selain menuduh dirinya tidak menjaga batasan sebagai seorang Islam.

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, video dimuatnaik Nourul menjadi bahan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan sebahagiannya mengutuk penyanyi terbabit yang dikatakan menyambut Krismas.

Selain itu, makanan disediakan oleh ibu mentuanya juga dipersoalkan dengan kononnya ia tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

Nourul berkata, dia sedih mengenangkan sikap sesetengah anggota masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum, sedangkan tiada langsung niatnya mahu menghina agama sendiri.



Bagaimanapun, Nourul mengambil isu terbabit dari sudut positif apabila video itu mendapat tontonan tinggi, sehingga mencecah lebih 200,000 kali di YouTube.

"Niat saya hanya ingin menunjukkan sesuatu yang baik. Sebaliknya, sesetengah pihak menunjukkan diri mereka yang sebenar dengan menghentam, mencaci dan menghina.

"Terima kasih juga diucapkan kerana menularkan diri ini. Saya gembira untuk mendapat pulangan wang daripada YouTube!" katanya berseloroh.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: