12 January 2019

AL-FATIHAH - MAK LINDA & DIANA MENINGGAL DUNIA, SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Linda Rafar dan pelakon Diana Rafar atas pemergian mak mereka, Rasimah Abd Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital malam semalam.





Berita dukacita itu dikongsi terlebih dahulu oleh Linda, kemudiannya adiknya, Diana di akaun Instagram (IG) masing-masing.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, amin," tulis Linda di ruangan IG Story.

Klik untuk gambar besar


"Selamat tinggal mak...Moga Allah ampunkan segala dosa mak, tenanglah mak di sana ya. Kita semua sayang mak, Al-Fatihah untuk Rasimah Binti Abd Rahman," tulis Diana sebagai kapsyen.

Terdahulu, difahamkan ibu Linda dan Diana dimasukkan ke hospital akibat mengalami jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah.

Terbaru, Linda telah berkongsi beberapa perkembangan terkini menunjukkan maknya telah selamat dikebumikan menerusi IG Story.

Jenazah mak Linda dan Diana telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sekitar pagi hari ini. Jenazah terlebih dahulu telah dibawa ke Surau Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk disembahyangkan.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: