11 January 2019

MAKAN SAMBIL DIBELIT ULAR SAWA - ZIZAN BUAT PEMINAT 'GUGUR JANTUNG'


Pelawak dan pelakon Zizan Razak baru-baru ini telah memuatnaik video dimana dirinya menikmati makanan bersama seekor ular sawa melingkar dibahagian lehernya dan ia mendapat perhatian peminatnya.





Video pendek itu merakamkan Zizan sedang mengunyah makanan dengan berhati-hati sambil memperkenalkan haiwan tersebut kepada peminatnya.

"This is real man. This is crazy. Nak rasa makan clean food dan fresh kene gaya cam gini. #zizanrazak #healthyfood #healthylifestyle #ballpython," tulisnya.

'Hilang selera', 'geli' dan 'takut', itulah antara komen-komen yang diberikan peminat sebaik melihat tindakan berani Zizan itu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, reaksi wajah Zizan yang kelihatan 'cuak' apabila ular itu mula bergerak dan 'mencium' pipinya membuatkan peminat terhibur.

Lebih menarik lagi apabila Zizan mula membuat lawak spontan mengenai ular yang melingkar dibahagian lehernya.

Menerusi ruangan komen juga, rata-rata peminatnya tidak ketinggalan mengusik pelawak popular itu. Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 750,000 komen dan hampir 3000 komen.






www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Zizan Razak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: