18 January 2019
'MENGGEDIK' DENGAN SUAMI ELFIRA - NETIZEN MENYAMPAH LIHAT JANNA
Nampaknya sekali lagi sikap Janna Nick ketika mengacara rancangan Melodi yang bersiaran setiap hari Ahad lalu itu dikritik netizen.
Kali ini, ramai tidak tahan melihat aksi Janna yang didakwa terlalu 'gedik' dengan suami Elfira Loy iaitu Faris Khairol Anuar yang menjadi tetamu jemputan dalam program hiburan tersebut.
Rata-rata netizen menganggap Janna tidak menghormati Elfira dan meminta agar beliau lebih menjaga adabnya sebagai seorang wanita. Tidak salah kalau hendak bergurau asalkan jaga batasnya.
Bukan kali pertama dikritik, kami rasa Janna sudah kebal dengan kecaman netizen. Mungkin juga beliau tidak sedar kelakuannya itu kerana ia berlaku secara spontan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment