29 January 2019

"NAK JADI LAKI BALIK, KAHWIN PEREMPUAN BERTUDUNG TAPI...." - SAFIEY


Semua mengetahui mengenai usahawan Safiey Ilias yang sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Namun, sehingga hari ini, masih ramai yang berharap agar Safiey berubah dan kembali ke fitrah asalnya.





Baru-baru ini, perkongsian Safiey menjadi perhatian ramai apabila dia mendedahkan pernah terfikir untuk menjadi lelaki semula dan berkahwin dengan wanita bertudung.

Namun melihatkan sikap 'buruk' segelintir wanita bertudung membuatkannya menangguhkan hasratnya itu. Menurut Safiey, dia melihat tidak semua wanita bertudung itu baik kerana kadang kala komen yang dilemparkan oleh mereka sangat teruk dan menakutkan.

Dalam pada itu, Safiey turut menasihati mereka yang bertudung di luar sana agar menjaga mulut dan akhlak.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, seperti sudah dijangka perkongsian Safiey itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen. Netizen mengatakan bahawa tudung tidak ada kena mengena dengan sikap atau perangai seseorang.

Terdahulu, kisah penghijrahan Safiey Ilias menggemparkan Malaysia apabila nekad untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati.

Namun begitu, sekitar Disember 2017, Safiey mengejutkan ramai pihak apabila kembali tampil berpakaian wanita.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: