29 January 2019

VIDEO - PEMBANTU PERIBADI SAJAT SERANG, TAMPAR PEKERJA FARMASI?


Sebuah video di laman Twitter yang menunjukkan seorang individu telah menyerang serta melempang seorang pekerja farmasi di khalayak ramai telah menjadi tular baru-baru ini. Difahamkan, mangsa merupakan seorang perunding kecantikan di sebuah Farmasi di pusat beli belah terkemuka Kuala Lumpur.





Menerusi rakaman video tersebut, individu yang menyerangnya itu dilihat telah menarik mangsa keluar dari farmasi tempatnya bekerja dan menamparnya sebanyak 3 kali sebelum terjadinya pergelutan.

Berdasarkan perkongsian netizen, mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan mendakwa individu yang menyerangnya itu adalah pembantu peribadi usahawan kosmetik, Sajat.

Hasil pencarian netizen, individu yang didakwa menyerang pekerja farmasi itu menggunakan nama @diammonds_isabella di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar
KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


Menurut laporan polis, mangsa telah diserang oleh 3 orang individu termasuk suspek. Akibat daripada serangan tersebut mangsa mengalami beberapa kecederaan di jari dan muka, malah telefon bimbitnya juga telah hilang sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Susulan kejadian itu, Sajat tampil membuka mulut mengenai isu berkenaan. Menurut Sajat, pembantu peribadinya memukul pekerja farmasi itu kerana wanita itu tidak mempunyai adab dan tiada budi bahasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat memberitahu pekerja farmasi itu dikatakan memanggil pembantu peribadinya dengan nama ‘anjing’ dan berkata macam-macam tentang dirinya. Apa pun diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: