17 January 2019

NAZAR ANAK KEDUA - HAIRUL DAH JUAL SUPERBIKE & KERETA MEWAH


Pelakon Hairul Azreen yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi itu melahirkan rasa syukur apabila menunaikan nazar dengan menjual kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi kesayangannya.





Menerusi laman Instagram, Hairul memaklumkan dia membuat keputusan tersebut demi keluarga tercinta dan ianya sudah pun dijual.

"Nazar saya untuk anak ke-2. Jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun," kata Hairul dalam kapsyen perkongsian gambarnya.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Hairul yang sangat mementingkan keluarga serta menjadi contoh seorang suami dan ayah yang baik.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar rezeki mereka sekeluarga dipermudahkan dan kata mereka lagi Allah akan memberikan rezeki melimpah ruah jika sanggup berkorban demi keluarga.

Untuk info, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar kini berusia 3 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: