17 January 2019

"DULU BEST SEBAB ORANG TAK KISAH & TAK MEMBAWANG" - FASHA


"Gambar kiri ketika zaman remaja, tahun 2003, sebelum wujudnya zaman media sosial, bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya. Gambar kanan tu gambar sekarang, gambar zaman keyboard warriors.





"Zaman dahulu best sebab orang tak kisah dan tak membawang, sebab lebih tengok bakat. Zaman sekarang, ramai ustaz ustazah jadian, sibuk mengata hal orang walaupun diri tak sempurna, ramai juga anggap artis milik masyarakat.

"Sorry ya, pendapat saya, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah kerjaya kami sahaja, jadi saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting hati," tulis pelakon Fasha Sandha menerusi entri terbaru di laman Instagramnya.

Luahan itu dibuat Fasha apabila beliau memuatnaik gambar sempena #10yearschallenge di laman Instagram. Dimana Fasha memuatnaik gambarnya pada awal kemunculannya 10 tahun dulu berserta gambarnya yang terbaru.

Klik untuk gambar besar


Ibu kepada dua cahaya mata itu berpendapat bahawa penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan ketika zaman awal kemunculannya di industri hiburan lebih baik dari sekarang.

Menurut Fasha, masyarakat dahulu tidak begitu lantang memberi kritikan negatif kepada artis dan lebih menghargai bakat mereka.

Dalam pada itu, Fasha turut berasa terkilan dengan masyarakat masa kini yang menganggap artis milik masyarakat dan mengkritik mereka sewenang-wenangnya.

Untuk makluman, Fasha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: