16 January 2019

PAKAI SEJAM - BUSANA RESEPSI ELFIRA LOY INI CECAH RM30K


Hujung minggu lalu, majlis resepsi pasangan mempelai pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah berlangsung dengan penuh harmoni.





Menyarung dua persalinan, salah satunya daripada pereka fesyen Rico Rinaldi, pasangan itu memilih tema tradisional bagi meraikan hari bahagia mereka.

Baju Kurung Peplum berwarna ungu dilengkapi sepersalinan lengkap pengantin lelaki dan diserikan dengan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.

Biarpun cuma menyarung persalinan ini selama sejam pada majlis resepsi sebelah lelaki baru-baru ini, busana ini mencipta fenomena di media sosial.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi kisah di sebalik busana tradisional itu, kata Rico dia hanya mengambil masa selama 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut.

Dalam pada itu, Rico memberitahu sebanyak 50,000 biji manik digunakan untuk menyiapkan busana Elfira. Dedah Rico lagi, selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan baju tersebut dan harga persalinan itu mencecah RM30,000.

"Saya teruja apabila El (Elfira) mahukan saya untuk menyiapkan baju resepsi sebelah pihak lelaki dan dia menyerahkan sepasang kain songket Palembang pemberian ibu mertuanya kepada saya.



"Pada mulanya saya mereka busana itu berkonsepkan kostum tradisional Thailand, namun oleh kerana bidang kain tidak mencukupi saya terpaksa menukar rekaan itu.

"Jadi, saya terjemahkan kain songket Palembang itu dalam konsep tradisional kontemporari dan mengangkat elemen Jawa. Songket Palembang dijadikan aksesori luaran sebagai samping dan selendang," katanya.

Meskipun Elfira dan suaminya itu sudah dua minggu mendirikan rumah tangga, majlis pernikahan serba mewah pasangan itu masih lagi menjadi bualan ramai. Malah, busana perkahwinan Elfira juga turut diperkatakan dimana ramai terpesona dengan kecantikan gaun tersebut.

Untuk makluman, Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu sebelum selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Elfira Loy & @thericorinaldi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: