16 January 2019

DEWI REMAJA 2018/2019 AKAN DISIASAT - IBU HANEESYA TAMPIL BERI KOMEN


Baru-baru ini telah tersebar beberapa video kontroversi gadis mirip juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee dan juga peserta Dewi Remaja yang lain sedang berparti sakan di kelab malam sambil meminum arak dan ia menjadi viral di media sosial.





Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang tidak harus diangkat sebagai ikon remaja apatah lagi ada diantara mereka dilihat sudah membuka tudung. Ia memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Ramai yang mengecam Haneesya termasuk melabel beliau sebagai seorang yang hipokrit dan ada juga meminta agar gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 yang diberikan kepada Hanee ditarik balik sekiranya beliau benar-benar terlibat dalam video terbabit.

Terbaru, penganjur rancangan pencarian bakat tersebut yang juga sebuah majalah popular, Remaja memberitahu pihak mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit.

Dalam status tersebut juga memberitahu, tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, ibu kepada Haneesya menerusi akaun Facebooknya tampil memberikan komen mengenai kontroversi yang melibatkan anaknya itu. Katanya, mungkin Haneeysa terpengaruh dengan kawan yang salah sehingga terlalu seronok dan lalai.

Meskipun agak kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai seorang ibu beliau akan tetap membimbing anaknya ke arah kebaikan dan berharap apa yang berlaku dalam dijadikan sebagai satu pengajaran.

Setakat ini Haneesya masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut berhubung kontroversi berkenaan. Terdahulu, pihak Remaja memberitahu mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit. Tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja yang terlibat.

Apa-apapun, buat masa ini, biarlah pihak penganjur menyiasat isu ini secara terperinci dan kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada mereka nanti.





www.myartis.com / Sumber: Instagram Majalah Remaja & Facebook Nor Sakuraneeda Famili


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: