20 January 2019

NETIZEN TEGUR 'TATU': "SEMUA TERJADI ATAS KEHENDAK DIA" - AZMA AIZAL


"My first tatoo. Ya Allah rasa hidup bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap," demikian tulis pelakon dan juga pengarah, Azma Aizal yang memuatnaik foto lukisan seperti tatu di bahagian kaki di akaun Instagramnya.





Foto tersebut menjadi perhatian ramai dan kepsyen yang disertakan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah tatu sebenar atau hanya lukisan semata-mata, namun di ruangan rata-rata netizen dilihat menyerang pelakon tersebut.

Seorang netizen turut bertanyakan soalan tentang tatu tersebut dan Isma dilihat membalas komen netizen itu dengan mengatakan bahawa apa yang terjadi adalah kehendak Tuhan.

Klik untuk gambar besar


Biarpun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar pelakon dan pengarah diberikan hidayah dan mengatakan mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan memberikan teguran serta nasihat.

Dahulu Azma atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof adalah antara nama yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air dan sering muncul di kaca TV dalam drama.

Kali terakhir kita mendengar cerita tentang Azma apabila dia terpalit dengan kontroversi panas insiden memukul pelakon Ika Nabella. Dalam pada itu Azma mendedahkan dia sebenarnya menghidap penyakit Bipolar Disorder.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Oh Bulan, Instagram Azma Yusoff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: