20 January 2019

SELAMAT DILAHIRKAN - 'ARDY WIRA' NAMA 'BABY BOY' BETTY RAHMAD


Pada jam 6:29 petang semalam (19 Januari 2019), pelakon Betty Rahmad telah selamat melahirkan putera sulungnya dan berita gembira tersebut dikongsikan menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.





Adik kepada aktres Erma Fatima dan Umi Aida ini memilih nama Ardy Wira untuk bayi comel yang dilahirkan dengan berat 3.26kg itu.

"Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (I was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg.

"Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami syukur baby dan mummy all good," coretnya.

Klik untuk gambar besar


Betty juga memaklumkan akan berkongsi foto anak lelakinya itu selepas habis tempoh berpantang.

"Will share his pictures bila dah habis pantang ya! 🙏 #bettyanddamisjunior #ardywira #bettyanddamis," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang oleh pengikutnya.

Untuk makluman, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Rahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: